Tuesday, 3 June 2014

Boys/Jongens (2014)

Netherlands | 2014 | 78 min
Arahan : Mischa Kamp
Tulisan : Jaap-Peter Enderle, Chris Westendorp
Lakonan:  Giis Blom (Sieger), Ko Zandvliet (Marc), Jonas Smulders (Eddy), Ton Kas (Theo), Stijn Staverne (Stef)


Filem ini bagi aku sebuah cerita biasa yang luar biasa. Dalam kategori "coming-of-age", ia tentang budak lelaki bernama Sieger (Giis Blom) yang disatukan dengan lelaki sebaya dengannya iaitu Marc (Ko Sandvliet) bersama-sama dua orang pelari lain untuk acara lumba lari  berganti-ganti, rasanya 4 x 400 meter. 

Sieger ni tinggal dengan bapanya, Theo (Ton Kas) dan abangnya yang juga remaja (dan pastinya elok juga) bernama Eddy (Jonas Smulders) yang agak bermasaalah sedikit. 

Oleh kerana selalu berlatih bersama  dan menghabiskan masa bersama, Sieger  dan Marc semakin rapat semacam, tetapi sebagaimana dengan para remaja terutamanya belasan tahun yang meningkat usia, 

Kalau tengok pada shot tubuh jantan yang berlengging, bibir jantan yang menyedut rokok, dan watak ibu yang sangat lah mengawal satu-satunya anak "jantan" dia, filem ini bagaikan sebuah filem orang kita yang klise. Tapi semakin aku menonton, semakin aku terbawa ke dalam situasi dan emosi Sieger dan Marc. Gelodak jiwa Sieger terutamanya, digarap dengan begitu rapi, langsung membuaikan perasaan aku dan membawa aku ke usia 15 kembali. 

Ya, memangnya kita semua pernah melalui keremajaan. Pernah mengalami kekeliruan dan pernah tertawan dan ditawan. Lantaran inilah aku begitu "terasa" dengan filem ini. Aku dapat bayangkan dan imbaskan semula bagaimana perasaan menyayangi (dan mencintai) seseorang tetapi tidak berdaya menzahirkan dan meluahkannya. Kadang-kadang ia membuat kita jadi tak keruan sehingga ada kalanya juga membawa kepada membuat keputusan yang tidak tepat yang hanya menyakitkan diri sendiri. Maklumlah, orang kita pada usia muda remaja masih agak hijau dan mentah, dan pastinya agak rapuh. 

Lakonan pelaku-pelaku wataknya bagi aku sangat baik, natural dan bersahaja. Sinematografi dan muziknya sangat kena dengan seluruh cerita dan penceritaan. Aku suka premis penceritaan ini iaitu tentang remaja dalam pasukan lumba lari. Bagi aku ia (sama ada dibuat secara langsung atau tidak langsung oleh pembikin filem ini) menggambarkan kehidupan yang boleh menjadi suatu perlumbaan untuk tiba ke garisan penamat. Dalam cerita ini, Marc adalah pelumba ketiga dalam acara sukan tersebut yang harus memberikan baton kepada pelumba keempat dan terakhir iaitu Sieger. Maka segalanya di tangan Sieger untuk menamatkannya dengan jaya atau untuk kecundang di pertengahan.

Lepas tu aku juga suka adegan di pertengahan cerita di mana Sieger mengayuh basikal dengan Marc yang membonceng sambil berdiri di belakang basikal itu. Bagi aku, ia gambaran sebuah perjalanan bersama, yang mungkin agak goyah dan mencabar, tetapi ia masih satu kebersamaan. Manakala, di akhir cerita, apabila Sieger mengambil motorsikal abangnya, lalu kemudiannya adegan yang menunjukkan Marc membonceng di atas motorsikal itu. Kini, perjalanan mereka lebih stabil dan lebih pantas menuju ke sebuah destinasi...

Banyak lagi "subtext" dalam filem ini, yang pastinya menjadikannya indah.

Dan berita baik, aku berjaya jumpa filem ini di youtube (ada sarikata English). Korang boleh tontong. Enjoy.




~ Aria