Tuesday, 23 December 2014

Soundless Wind Chime / 無聲風鈴; (Wúshēng fēng líng) (2009)

Hong Kong | 2009 | 100 min
Arahan : Kit Hung
Tulisan : Kit Hung
Lakonan: Yulai Lu (Ricky), Bernhard Bulling  (Pascal), Wong Siu Ying (Octavio), Wella Zhang, Hannes Lindenblatt


Filem ini tentang sebuah kisah cinta tentang Ricky (Yulai Lu) lelaki muda ala anak ikan yang dah matang yang kerja sebagai penghantar makanan serta pelayan di sebuah restoran kecil. Dia berkongsi apartmen dengan makcik dia (Wella Zhang) yang menyara hidup dengan melacur. 

Ricky ni jatuh cinta dengan Pascal (Bernhard Bulling) seorang juggler dan penyeluk saku berbangsa Swiss (yang kebetulan hensem)  - mungkin itu yang pertama membuatkan orang macam kita jatuh hati. Pascal lari dari lover dia yang selalu dera dia, lalu respon kepada Ricky yang baik hati. Cara mereka bertemu agak aneh sebab pada awalnya, Pascal curi dompet Ricky dan kemudian apabila mereka terserempak sekali lagi, Pascal memulangkan dompet itu semula.

Perhubungan mereka digambarkan melalui siri episod yang agak memerlukan tumpuan penonton. Tapi aku suka cara penceritaan filem ini sebab ia unik. Aku boleh tuliskan di sini apa elemen kejutannya tapi aku rasa baik korang tengok sendiri lah sebab nanti tak suspens. 

Tapi mungkin aku boleh ceritakan sikit yang Pascal ni kemudian mati. Lepas Pascal mati, Ricky pergi ke negara kampung halaman kekasih dia iaitu Switzerland untuk menjejaki keluarganya. Separuh jalan, dia berjumpa seorang peniaga antik bernama Ueli (juga lakonan Bulling) yang rupa dia saling tak tumpah macam bekas kekasihnya yang dah mati. 

Penceritaannya non-linear dan oleh itu, korang sama ada suka atau tak suka filem ini. Ada setengah daripada orang kita yang teruja tengok cerita macam ni, setengah yang lain mungkin macam bosan sikit. Citarasa masing-masing kan. Tapi kalau korang nak tahu, pengarah filem ini, Kit Hung mengambil masa 5 tahun untuk membuat Soundless Wind Chime. Bagi aku sendiri, dia berjaya berfikir di luar kotak bila buat filem ini, dan apabila menonton, boleh rasa garapan emosi dan jiwa lara orang macam kita.



~ Aria