USA | 1992 | 90 min
Arahan : Ken
Tulisan : James Duff
Lakonan: William McNamara (Matt Carter), Jim Carrey (Tim Carter), Jayne Brook (Karen Carter), James Sikking (Phil Carter), Bibi Besch (Lisa Carter), Lori Loughlin (Allison)
William McNamara pula sememangnya comel terutamanya mata dia yang memang meruntun kalbu. Kisahnya bermula apabila William yang merupakan protagonis dalam cerita ni sebagai Matt bawa balik tunang dia, Allison lakonan Lori Loughlin (salah seorang pelakon wanita Hollywood kegemaran aku juga ~ dia pernah berlakon dengan C. Thomas Howell (juga yang aku syok satu ketika dulu) dalam filem yang aku suka berjudul Secret Admirer) . Rumah keluarga Matt di New England didiami ibu bapanya yang ortodox.
Ayahnya menaruh harapan kepada anak lelaki keduanya ini selepas anak sulungnya Tim (Jim Carrey) gagal dan dibuang kolej dan jadi pemabuk. Apa yang mereka tak tahu adalah Matt ini tidak seperti yang mereka sangkakan kerana dia orang kita juga. Menyedihkan, apabila Allison mendapat tahu orientasi seksual sebenar bakal suaminya itu. Matt merayu agar dia tidak batalkan rancangan perkahwinan mereka dan turut merayu agar Allison tidak memberitahu sesiapa tentang hal sebenar. Allison kata dia terpaksa putuskan walaupun dia sebenarnya sangat menyintai Matt. Tentang rahsia dirinya, dia kata itu terserahlah kepada Matt.
Matt kecewa membendung perasaannya dan dirinya yang harus terus bersembunyi dalam gobok (terjemahan langsung dari hiding in the closet :) sehingga membawa kepada keputusan untuk membunuh diri.
Apabila mak dia tahu bahawa Allison sebenarnya membatalkan perkahwinan, dia mendesak Matt beritahu kenapa. Dalam adegan yang bagi aku menyayat hati, Matt akhirnya memberitahu sebab sebenar. Sebagaimana dijangka, mak dan ayahnya terkejut manakala si abang dan kakak juga tidak terkata.
Bukan hanya tentang Matt, filem ini juga ada plot lain tentang abang Matt iaitu Tim dan kakak Matta iaitu Karen yang bergerak seiring dengan plot utama iaitu ketegasan ibu bapa dalam membesar dan mendidik anak-anak mereka.
~Aria
Filem ini bukannya filem untuk panggung wayang kerana ia filem yang dibikin untuk tayangan di televisyen. Mungkin kerana itulah aku tidak tahu tentang filem ini sebelum ini sampailah satu ketika aku terbaca tentangnya masa tengah meng-gugel filem-filem orang kita sementara tunggu air kering lepas tonton porno.
Sejujurnya apa yang menarik perhatian aku adalah nama dua pelakon jambu (sebab dua-dua masih muda masa ni) yang membintanginya iaitu William McNamara dan Jim Carrey. Aku tak minat sangat dengan Jim Carrey sebab bila tengok dia je aku teringat wataknya sebagai Ace Ventura. Tapi aku harus akui, Jim Carrey seorang pelakon yang baik. Lihat saja lakonannya dalam The Truman Show. Dan dia juga pernah pegang watak orang kita dalam filem I Love You Philip Morris bersama aktor kesayangan aku, Ewan McGregor.
William McNamara pula sememangnya comel terutamanya mata dia yang memang meruntun kalbu. Kisahnya bermula apabila William yang merupakan protagonis dalam cerita ni sebagai Matt bawa balik tunang dia, Allison lakonan Lori Loughlin (salah seorang pelakon wanita Hollywood kegemaran aku juga ~ dia pernah berlakon dengan C. Thomas Howell (juga yang aku syok satu ketika dulu) dalam filem yang aku suka berjudul Secret Admirer) . Rumah keluarga Matt di New England didiami ibu bapanya yang ortodox.
Ayahnya menaruh harapan kepada anak lelaki keduanya ini selepas anak sulungnya Tim (Jim Carrey) gagal dan dibuang kolej dan jadi pemabuk. Apa yang mereka tak tahu adalah Matt ini tidak seperti yang mereka sangkakan kerana dia orang kita juga. Menyedihkan, apabila Allison mendapat tahu orientasi seksual sebenar bakal suaminya itu. Matt merayu agar dia tidak batalkan rancangan perkahwinan mereka dan turut merayu agar Allison tidak memberitahu sesiapa tentang hal sebenar. Allison kata dia terpaksa putuskan walaupun dia sebenarnya sangat menyintai Matt. Tentang rahsia dirinya, dia kata itu terserahlah kepada Matt.
Matt kecewa membendung perasaannya dan dirinya yang harus terus bersembunyi dalam gobok (terjemahan langsung dari hiding in the closet :) sehingga membawa kepada keputusan untuk membunuh diri.
Apabila mak dia tahu bahawa Allison sebenarnya membatalkan perkahwinan, dia mendesak Matt beritahu kenapa. Dalam adegan yang bagi aku menyayat hati, Matt akhirnya memberitahu sebab sebenar. Sebagaimana dijangka, mak dan ayahnya terkejut manakala si abang dan kakak juga tidak terkata.
Bukan hanya tentang Matt, filem ini juga ada plot lain tentang abang Matt iaitu Tim dan kakak Matta iaitu Karen yang bergerak seiring dengan plot utama iaitu ketegasan ibu bapa dalam membesar dan mendidik anak-anak mereka.
Penyudah cerita ini aku tak nak beritahu supaya korang boleh tonton sendiri. Aku rasa korang tak menyesal kalau tengok. Aku tersentuh juga. Korang bagaimana?
Kalau berminat, di sini aku letak filem penuh yang aku dapat dari youtube. Selamat menonton cerita ini dan menatap wajah-wajah muda William McNamara dan Jim Carrey.
~Aria
No comments:
Post a Comment