Arahan & Tulisan: Ivan Cotroneo & Ferzan Ozpetek
Lakonan: Riccardo Scamarcio (Tommaso Cantone), Alessandro Preziosi (Antonio Cantone), Nicole Grimaudo (Alba Brunetti)
Seperti juga pembikin filem Spanish iaitu Pedro Alamadovar, Ferzan Ozpetek juga tidak pernah mengecewakan aku. Sejak pertama kali menonton Hammam (1997), filem-filem Ozpetek terus dekat dengan aku. Loose Cannon (Mine Vaganti dalam bahasa Itali) membuat tayangan perdananya di Festival Filem Berlin ke-60 dan menerima ulasan dan respon yang sangat positif. Ia mendapat 13 pencalonan di David di Donatello Awards termasuklah untuk Filem Terbaik, dan memenangi anugerah untuk Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik.
Ceritanya berkisar tentang keluarga Cantoneo dari golongan agak atasan (bourgeois) yang memiliki kilang pasta di selatan Itali, sebuah kawasan konservatif. Anak lelaki kedua, Tommasso (Riccardo Scamarcio) yang baru kembali dari belajar di Rome bercadang membuat pengakuan sebenar tentang seksualitinya yang tak lain tak bukan, jenis kitalah.
Tommasso berbincang dengan abangnya, Antonio (Alessandro Preziosi) dan memberitahu keinginannya untuk bebas daripada perniagaan keluarga dan menjadi seorang penulis - profesyen agak tipikal bagi orang kita.
Semasa makan malam dengan keluarga Brunetti, rakan niaga keluarga Cantoneo, bila saja Tommasso hendak mendedahkan rahsia kekitaanyya dan mengumumkan rancangannya itu, Antonio tiba-tiba mendedahkan kepada semua orang yang dia juga "orang kita". Apa lagi, terkejut beruklah si ayah mereka itu sampai terus pengsan dan terpaksa dimasukkan ke hospital.
Si ayah menolak anak sulungnya dan menyerahkan hal ehwal perniagaan kepada Tommasso yang pada ketika itu, membatalkan niatnya untuk memberitahu tentang hal dirinya sendiri. Ini adalah kerana dia takut berita dia boleh membunuh ayahnya. Cukuplah seorang sahaja iaitu abangnya yang jadi orang kita. Tapi, keadaan jadi semakin sukar apabila boyfriend Tommasso datang untuk melawatnya, bersama-sama dengan kawan-kawannya lain dari Rome...
Kisah sebuah keluarga yang kadang-kadang ada rahsia yang disembunyikan
- skeleton in the closet gitu.
Nak tahu kesudahannya? Kena tonton.
Ini salah satu adegan dalam filem ini...
~ Aria
No comments:
Post a Comment