Arahan & Tulisan: Jose Campusano
Lakonan: Oscar Génova (Raul), Nehuén Zapata (Roberto), Marisa Pajaro (Alejandra)
Di pinggir Buenos Aires, seorang budak muda bernama Raul "usha" Roberto, mamat yang dah berusia 50 tahun dan perpewatakan kasar (dan pada aku, nampak kotor, membuatkan aku terfikir sama ada Raul ni sangat gersang ataupun sengaja nak pancing sugar daddy (walaupun Roberto bukan nampak seperti orang kaya). Kemudian barulah kita tahu bahawa Raul terdesak untuk keluar dari kehidupannya bersama ibunya yang kadang kala menyundal menjadi pelacur.
Raul bersabar dengan cara Roberto yang kasar dan memang tidak pernah menikmati hubungan seksual dengannya. Tugas Raul sebenarnya mudah, hanya menadah apabila Roberto mahu. Pakcik Roberto ini jenis yang possessive. Raul, dalam pelarian jiwanya, ber-chatting di internet yang membawanya bertemu seorang mamat hensem yang muda. Mereka lalu suka sama suka dan pergi ke hotel untuk "itu".
Perhubungannya selepas itu diketahui pakcik rakus Roberto ini. Keganasannya makin terserlah. Begitulah serba sedikit ringkasan cerita ini. Tapi lebih dari itu, aku rasa pengarah dan penulisnya telah berjaya menggambarkan sebuah perhubungan tidak seimbang dalam sebuah masyarakat tanpa peraturan. Cerita dasar adalah klise tapi sukar dijangka.
~ Aria
No comments:
Post a Comment