Arahan : Ramon Salazar
Tulisan : Ramon Salazar
Lakonan: Monica Cervera (Adolfo), Miguel O'Dogherty (Tomas), Pablo Puyol (El Reponedor)
Kisah pasal sorang nyah yang suka berangan cuba menaikkan taraf dirinya sendiri. Dia membayangkan dia seorang bintang besar.
Nyah dalam cerita ni namanya Adolfo (Monica Cervera) ialah seorang yang gila punya romantik. Dia berkongsi apartmen dengan Tomas (Miguel O'Dogherty). Walaupun hakikatnya dia seorang lelaki (yang ada kote), dia lebih suka dikenali dengan nama Marieta. Dia cuba nak simpan duit sebab nak buang konek dia supaya dia boleh jadi perempuan sepenuhnya.
Walaupun begitu, pembedahan jantina bukannya murah, jadi untuk membolehkan dia menyimpan duit begitu, Marieta kenalah terlebih dahulu mendapatkan kerja dengan gaji yang baik. Dia diambil berkerja mencuci tetapi apabila dia tertidur masa kerja, teruslah dia dibuang. Sebenarnya dalam tidurnya dia sangat hidup dalam anganannya.
Apabila perhubungan seksualnya dengan seorang jantan hensem bernama El Reponedor (Pablo Puyol - gambar di tepi) makin memuncak, Marieta mendapati bahawa walaupun dia sendiri tidak menghargai koneknya, ada orang lain yang berfikir sebaliknya.
Amacam? Kelas tak cerita ni? Orang macam kita mesti tak nak miss cerita ni rasanya. Tambah pula, ada adegan bogel-bogel lagi. By the way, aku suka logline filem ini iaitu - What's the size of happiness?
~ Aria
No comments:
Post a Comment