Saturday, 3 January 2015

Cowboys & Angels (2003)

Ireland | 2003 | 86 min
Arahan : David Gleeson
Tulisan : David Gleeson
Lakonan: Michael Legge (Shane), Alan Leech (Vincent), Amy Shiels (Gemma), Frank Kelly (Jerry)


Shane (Michael Legge) anak muda yang elok - kiranya masih taraf anak ikan la - yang berpindah dari kampungnya dan mendapat kerja di bandar besar iaitu Limerick. Walau bagaimanapun, dia mendapati pekerjaannya itu membosankan. Hmmm biasalah orang kita (terutamanya yang masih muda dan aktif) mana suka kerja duduk aja di pejabat yang dipenuhi orang-orang berusia a.k.a. tua. 

By the way, untuk pengetahuan korang, anak ikan Shane ni bukan macam kita. Dia straight. Peringatan untuk aku dan kita semua, tak semua anak ikan yang muka comel tu tak straight...

Dijadikan cerita, Shane perlu mencari apartmen yang murah untuk dia menetap, dan semasa dalam pencariannya, dia bertemu Vincent (Allen Leech). Vincent seorang yang stailo dan bergaya, belajar reka fesyen di kolej, dan ye, semestinya, orang macam kita. 

Dipendekkan cerita, mereka menyewa apartmen sama, bilik asing asing tentunya. Shane yang agak introvert dallam diam mengagumi sifat Vincent yang sentiasa yakin pada diri sendiri dan juga gayanya. Pada masa yang sama, Shane berkenan dengan sorang pompuan nama Gemma (Amy Shiels). Rupa-rupanya Gemma ni kawan baik Vincent.

Sementara itu, ada sorang jiran mereka, Keith, yang terlibat dengan penjualan dadah dan Shane terjumpa sebekas dadah yang tersorok di situ. Shane memilih untuk tidak masuk campur lalu memulangkannya kepada Keith.

Keith menawarkan agar Shane bekerja dengannya untuk menukarkan dadah dengan wang antara Limerick dan Dublin. Walaupun pada mulanya Shane teragak-agak, dia akhirnya setuju sebab bayaran untuk tugas mudah itu sangat lumayan. Pada masa yang sama, dia sedang merancang untuk menggunakan duit itu untuk memasuki kolej. 

Aku tak nak tulis banyak-banyak nanti tak suspens. Apa pun, filem ini berjaya menyentuh perasaan aku, terutamanya tentang nilai persahabatan antara orang macam kita dengan jantan straight. Juga, ia tentang pilihan yang kita buat dalam hidup, dan beberapa unsur lagi yang aku rasa korang boleh nilai sendiri.

Kalau korang nak tengok filem ni, ada dalam youtube. Aku letak link dia kat sini. 



~ Aria

No comments:

Post a Comment