Tuesday, 23 December 2014

Soundless Wind Chime / 無聲風鈴; (Wúshēng fēng líng) (2009)

Hong Kong | 2009 | 100 min
Arahan : Kit Hung
Tulisan : Kit Hung
Lakonan: Yulai Lu (Ricky), Bernhard Bulling  (Pascal), Wong Siu Ying (Octavio), Wella Zhang, Hannes Lindenblatt


Filem ini tentang sebuah kisah cinta tentang Ricky (Yulai Lu) lelaki muda ala anak ikan yang dah matang yang kerja sebagai penghantar makanan serta pelayan di sebuah restoran kecil. Dia berkongsi apartmen dengan makcik dia (Wella Zhang) yang menyara hidup dengan melacur. 

Ricky ni jatuh cinta dengan Pascal (Bernhard Bulling) seorang juggler dan penyeluk saku berbangsa Swiss (yang kebetulan hensem)  - mungkin itu yang pertama membuatkan orang macam kita jatuh hati. Pascal lari dari lover dia yang selalu dera dia, lalu respon kepada Ricky yang baik hati. Cara mereka bertemu agak aneh sebab pada awalnya, Pascal curi dompet Ricky dan kemudian apabila mereka terserempak sekali lagi, Pascal memulangkan dompet itu semula.

Perhubungan mereka digambarkan melalui siri episod yang agak memerlukan tumpuan penonton. Tapi aku suka cara penceritaan filem ini sebab ia unik. Aku boleh tuliskan di sini apa elemen kejutannya tapi aku rasa baik korang tengok sendiri lah sebab nanti tak suspens. 

Tapi mungkin aku boleh ceritakan sikit yang Pascal ni kemudian mati. Lepas Pascal mati, Ricky pergi ke negara kampung halaman kekasih dia iaitu Switzerland untuk menjejaki keluarganya. Separuh jalan, dia berjumpa seorang peniaga antik bernama Ueli (juga lakonan Bulling) yang rupa dia saling tak tumpah macam bekas kekasihnya yang dah mati. 

Penceritaannya non-linear dan oleh itu, korang sama ada suka atau tak suka filem ini. Ada setengah daripada orang kita yang teruja tengok cerita macam ni, setengah yang lain mungkin macam bosan sikit. Citarasa masing-masing kan. Tapi kalau korang nak tahu, pengarah filem ini, Kit Hung mengambil masa 5 tahun untuk membuat Soundless Wind Chime. Bagi aku sendiri, dia berjaya berfikir di luar kotak bila buat filem ini, dan apabila menonton, boleh rasa garapan emosi dan jiwa lara orang macam kita.



~ Aria

Wednesday, 19 November 2014

I Am Happiness On Earth / Yo Soy la Felicidad de Este Mundo (2013)

Mexico | 2013 | 120 min
Arahan : Julian Hernandez
Tulisan: Julian Hernandez, Ulises Perez Mancilla
Lakonan:  Hugo Catalan (Emiliano), Alan Ramirez (Octavio), Gabino Rodriguez, Andrea Portal, Emilio von Sternerfels, Ivan Alvare


Aku biasa menonton filem-filem arahan pengarah Mexico ini iaitu Julian Hernandez. Setakat ini filem-filemnya yang aku tontoni semua memaparkan "pucuk muda" memegang teraju utama. Kemudian ada sikit tunjuk kulit, dalam erti kata terangnya, bogel. Itu yang membuka lagi mata orang macam kita untuk terus melekat sehingga ke penghujung cerita. Mana lah tahu takut kalau-kalau ada adegan yang menampakkan keseluruhan tusuk tubuh telanjang bulat si pelakon muda yang tampan itu.

Tapi aku harus akui walaupun bunyinya agak hipokrit, bahawa aku agak menyukai filem-filem Julian Hernandez bukan hanya kerana para pelakonnya yang elok dan beberapa aksi yang agak merangsangkan sehingga menjadikan urat-urat zakar berdenyut. Aku suka filem-filemnya kerana ia bagiku menggabungkan unsur-unsur komersil dari segi kecantikan pelakon-pelakon dan sedikit kebogelan dengan unsur artistik dan estetika yang mengindahkan lagi filemnya.

Aku rasa I Am Happiness On Earth agak lebih sedikit penonjolan aksi seksualnyaberbanding filem-filemnya sebelum ini dengan adanya seorang aktor yang secara terang-terangan mempamerkan zakarnya yang tegang dalam satu adegan.

Ceritanya mengisahkan Emiliano (Hugi Catalan), yang merupakan seorang pembikin filem berunsur tarian dan juga filem aksi seks ketara. Dia tidak percaya pada talian perhubungan serius, walaupun pada hakikatnya hatinya mula melekat pada seorang penari bernama Octavio (Alan Ramirez). 

Apabila Emiliano cuba lari dari kenyataan dan kemungkinan dia sudah jatuh cinta, dia mula untuk keluar daripada hidup Octavio. Sedihlah si Octavio ni. Apatah lagi Emiliano ni hensem giler, famous pulak tu. 

Di pertengahan filem, watak Octavio hilang dan muncul pula watak dua jantan dan seorang perempuan yang dengan penuh artistiknya mula lemas dalam perlakuan seks. 



Rupa-rupanya ini adalah adegan yang dirakamkan oleh Emiliano untuk filemnya. Umpama sebuah filem dam filem. Unik juga.

(gambar sebelah adalah adegan filem dalam filem ini)

Selesai adegan ini, kita dibawa kembali kepada Emiliano yang sedang menjalin hubungan (fizikal) dengan seorang hustler yang diupahnya. Selepas itu, dia dipertemukan semula dengan Octavio...




Begitulah serba ringkas ceritanya. Bagi aku, apa yang istimewa tentang filem ini adalah skema warna yang digunakan dalam keseluruhan filem. Bagi korang yang suka menghayati filem yang dibuat dengan teliti, ini mungkin pilihannya, walaupun dari segi cerita, ia bukan sesuatu yang luar biasa.





~ Aria



Tuesday, 3 June 2014

Boys/Jongens (2014)

Netherlands | 2014 | 78 min
Arahan : Mischa Kamp
Tulisan : Jaap-Peter Enderle, Chris Westendorp
Lakonan:  Giis Blom (Sieger), Ko Zandvliet (Marc), Jonas Smulders (Eddy), Ton Kas (Theo), Stijn Staverne (Stef)


Filem ini bagi aku sebuah cerita biasa yang luar biasa. Dalam kategori "coming-of-age", ia tentang budak lelaki bernama Sieger (Giis Blom) yang disatukan dengan lelaki sebaya dengannya iaitu Marc (Ko Sandvliet) bersama-sama dua orang pelari lain untuk acara lumba lari  berganti-ganti, rasanya 4 x 400 meter. 

Sieger ni tinggal dengan bapanya, Theo (Ton Kas) dan abangnya yang juga remaja (dan pastinya elok juga) bernama Eddy (Jonas Smulders) yang agak bermasaalah sedikit. 

Oleh kerana selalu berlatih bersama  dan menghabiskan masa bersama, Sieger  dan Marc semakin rapat semacam, tetapi sebagaimana dengan para remaja terutamanya belasan tahun yang meningkat usia, 

Kalau tengok pada shot tubuh jantan yang berlengging, bibir jantan yang menyedut rokok, dan watak ibu yang sangat lah mengawal satu-satunya anak "jantan" dia, filem ini bagaikan sebuah filem orang kita yang klise. Tapi semakin aku menonton, semakin aku terbawa ke dalam situasi dan emosi Sieger dan Marc. Gelodak jiwa Sieger terutamanya, digarap dengan begitu rapi, langsung membuaikan perasaan aku dan membawa aku ke usia 15 kembali. 

Ya, memangnya kita semua pernah melalui keremajaan. Pernah mengalami kekeliruan dan pernah tertawan dan ditawan. Lantaran inilah aku begitu "terasa" dengan filem ini. Aku dapat bayangkan dan imbaskan semula bagaimana perasaan menyayangi (dan mencintai) seseorang tetapi tidak berdaya menzahirkan dan meluahkannya. Kadang-kadang ia membuat kita jadi tak keruan sehingga ada kalanya juga membawa kepada membuat keputusan yang tidak tepat yang hanya menyakitkan diri sendiri. Maklumlah, orang kita pada usia muda remaja masih agak hijau dan mentah, dan pastinya agak rapuh. 

Lakonan pelaku-pelaku wataknya bagi aku sangat baik, natural dan bersahaja. Sinematografi dan muziknya sangat kena dengan seluruh cerita dan penceritaan. Aku suka premis penceritaan ini iaitu tentang remaja dalam pasukan lumba lari. Bagi aku ia (sama ada dibuat secara langsung atau tidak langsung oleh pembikin filem ini) menggambarkan kehidupan yang boleh menjadi suatu perlumbaan untuk tiba ke garisan penamat. Dalam cerita ini, Marc adalah pelumba ketiga dalam acara sukan tersebut yang harus memberikan baton kepada pelumba keempat dan terakhir iaitu Sieger. Maka segalanya di tangan Sieger untuk menamatkannya dengan jaya atau untuk kecundang di pertengahan.

Lepas tu aku juga suka adegan di pertengahan cerita di mana Sieger mengayuh basikal dengan Marc yang membonceng sambil berdiri di belakang basikal itu. Bagi aku, ia gambaran sebuah perjalanan bersama, yang mungkin agak goyah dan mencabar, tetapi ia masih satu kebersamaan. Manakala, di akhir cerita, apabila Sieger mengambil motorsikal abangnya, lalu kemudiannya adegan yang menunjukkan Marc membonceng di atas motorsikal itu. Kini, perjalanan mereka lebih stabil dan lebih pantas menuju ke sebuah destinasi...

Banyak lagi "subtext" dalam filem ini, yang pastinya menjadikannya indah.

Dan berita baik, aku berjaya jumpa filem ini di youtube (ada sarikata English). Korang boleh tontong. Enjoy.




~ Aria


Sunday, 25 May 2014

Floating Skycrapers/Plynace Wiezowce (2013)

Poland | 2008 | 93 min
Arahan & Tulisan: Tomasz Wasilewski
Lakonan:  Mateusz Banasiuk (Kuba), Bartosz Gelner (Michal), Marta Nieradkiewidz (Sylwia) 



Kalau tengok pada shot tubuh jantan yang berlengging, bibir jantan yang menyedut rokok, dan watak ibu yang sangat lah mengawal satu-satunya anak "jantan" dia, filem ini bagaikan sebuah filem orang kita yang klise. 

Ia mengisahkan tentang Kuba (Mateusz Banasiuk), seorang ahli sukan renang yang muda dan hensem - sukan yang sangat digemari untuk ditonton oleh orang kita sebab... (korang tahu sendiri sebabnya). Sebagai seorang perenang yang bintangnya semakin bersinar, dia menjadi harapan kepada jurulatih dan pasukannya. Mereka tahu dia hebat, tetapi mereka tidak tahu dia lemah kepada perasaannya sendiri yang sering bergelodak. 

Kuba terpaksa berdepan dengan ibunya yang sangat posesif, dan girlfriend nya yang juga sama posesif dan obsesif. Kuba memang cintakan girlfriend dia, Sylwia, tapi dia juga bernafsukan jantan. Selama ini dia dapat mengawal sehinggalah Michal (Bartosz Gelner) muncul. Perkenalan bertukar suka yang bertukar cinta.  


Mungkin bunyi biasa saja jalan ceritanya. Walau bagaimanapun, gaya penceritaan, sinematografi yang cantik, realisme seksual dan lakonan mantap para pelakonnya menjadikan filem ini mengasyikkan. Tambahan pula, ada adegan-adegan telanjang.

Kesudahan ceritanya? Aku tak boleh cakap, tapi secara peribadi, aku suka kesudahan seperti ini. OK, kalau korang boleh dapatkan filem ini atau boleh muat turun ke, tontonlah. Tapi pastikan ada sarikata sebab bahasa dia bahasa Poland.

Oh ya, daripada apa yang aku baca, filem ini juga adalah filem orang kita yang pertama di negara itu. Filem ini juga memenangi anugerah East of West Award di Karlovy Vary International Film Festival; dan menerima pencalonan di beberapa festival filem lain termasuk Montreal Festival of New Cinema dan Zurich Film Festival.

~ Aria



Thursday, 8 May 2014

Doing Time on Maple Drive (1992)


USA | 1992 | 90 min
Arahan : Ken 
Tulisan : James Duff
Lakonan:  William McNamara (Matt Carter), Jim Carrey (Tim Carter), Jayne Brook (Karen Carter), James Sikking (Phil Carter), Bibi Besch (Lisa Carter), Lori Loughlin (Allison)


Filem ini bukannya filem untuk panggung wayang kerana ia filem yang dibikin untuk tayangan di televisyen. Mungkin kerana itulah aku tidak tahu tentang filem ini sebelum ini sampailah satu ketika aku terbaca tentangnya masa tengah meng-gugel filem-filem orang kita sementara tunggu air kering lepas tonton porno. 

Sejujurnya apa yang menarik perhatian aku adalah nama dua pelakon  jambu (sebab dua-dua masih muda masa ni) yang membintanginya iaitu William McNamara dan Jim Carrey. Aku tak minat sangat dengan Jim Carrey sebab bila tengok dia je aku teringat wataknya sebagai Ace Ventura. Tapi aku harus akui, Jim Carrey seorang pelakon yang baik. Lihat saja lakonannya dalam The Truman Show. Dan dia juga pernah pegang watak orang kita dalam filem I Love You Philip Morris bersama aktor kesayangan aku, Ewan McGregor. 

William McNamara pula sememangnya comel terutamanya mata dia yang memang meruntun kalbu. Kisahnya bermula apabila William yang merupakan protagonis dalam cerita ni sebagai Matt bawa balik tunang dia, Allison lakonan Lori Loughlin (salah seorang pelakon wanita Hollywood kegemaran aku juga ~ dia pernah berlakon dengan C. Thomas Howell (juga yang aku syok satu ketika dulu) dalam filem yang aku suka berjudul Secret Admirer) . Rumah keluarga Matt di New England didiami ibu bapanya yang ortodox. 

Ayahnya menaruh harapan kepada anak lelaki keduanya ini selepas anak sulungnya Tim (Jim Carrey) gagal dan dibuang kolej dan jadi pemabuk. Apa yang mereka tak tahu adalah Matt ini tidak seperti yang mereka sangkakan kerana dia orang kita juga. Menyedihkan, apabila Allison mendapat tahu orientasi seksual sebenar bakal suaminya itu. Matt merayu agar dia tidak batalkan rancangan perkahwinan mereka dan turut merayu agar Allison tidak memberitahu sesiapa tentang hal sebenar. Allison kata dia terpaksa putuskan walaupun dia sebenarnya sangat menyintai Matt. Tentang rahsia dirinya, dia kata itu terserahlah kepada Matt.

Matt kecewa membendung perasaannya dan dirinya yang harus terus bersembunyi dalam gobok (terjemahan langsung dari hiding in the closet :) sehingga membawa kepada keputusan untuk membunuh diri. 

Apabila mak dia tahu bahawa Allison sebenarnya membatalkan perkahwinan, dia mendesak Matt beritahu kenapa. Dalam adegan yang bagi aku menyayat hati, Matt akhirnya memberitahu sebab sebenar. Sebagaimana dijangka, mak dan ayahnya terkejut manakala si abang dan kakak juga tidak terkata. 

Bukan hanya tentang Matt, filem ini juga ada plot lain tentang abang Matt iaitu Tim dan kakak Matta iaitu Karen yang bergerak seiring dengan plot utama iaitu ketegasan ibu bapa dalam membesar dan mendidik anak-anak mereka. 

Penyudah cerita ini aku tak nak beritahu supaya korang boleh tonton sendiri. Aku rasa korang tak menyesal kalau tengok. Aku tersentuh juga. Korang bagaimana?

Kalau berminat, di sini aku letak filem penuh yang aku dapat dari youtube. Selamat menonton cerita ini dan menatap wajah-wajah muda William McNamara dan Jim Carrey.




~Aria

Tuesday, 6 May 2014

Keep The Lights On (2012)

Arahan: Ira Sachs Tulisan: Ira Sachs, Mauricio Zacharias Lakonan: Thure Lindhardt (Erik), Zachary Booth (Paul), Julianne Nicholson (Claire), Souleymane Sy Savane (Alassane), Miguel del Toro (Igor).

Filem ini mengulum beberapa sisi penulis, menelanjangkan sikap yang pernah penulis lalui. Ironinya, kisah ini didombakan oleh Ira, sang pengarah darah Yahudi New York yang pernah menempuh cinta bersama seorang ejen sastera yang kacak dan pendiam, Bill Clegg. Ira menulis filem ini dengan Mauricio Zacharias, namun dengan jelas Ira mendapat inspirasi daripada teman lelakinya sekarang, Boris Torres, yang mana kita boleh lihat, paparan catan lelaki bogel pada kredit awal filem merupakan tanda naskhah Boris.

Namun yang lebih jelas daripada itu ialah perasaan kuat dan kasih sayang Ira/Erik terhadap sebuah hubungan yang meniti kehancuran, dan hal itu sudah jelas dengan kerakusan tanpa pendirian, depresi diri, dan emosi hiperbola Paul, yang dinyatakan dengan jelas: kerana mengambil dadah.

Penulis mempunyai beberapa singkap pesona seperti Paul, dan menonton ini menyakitkan. Penulis sakit melihat diri penulis sendiri terbayangkan, dengan selingkuh, depresi, mohon ruang menyendiri, mulut lancang, dan sikap tidak jaga diri walaupun terdapat seseorang yang mencintai. Kita berjalan pada jalan yang tidak ramai yang mahu ungkapkan. Mungkin kita para yang bergelumang dengan ayunan syair dan bisu teks terjerat dalam keadaan penuh eksistensialis yang menolak perasaan dan kejujuran orang lain. Mungkin kita mempunyai ego tersendiri, dan tidak melihat kepentingan orang lain. Mungkin dadah kita ialah minta diisi oleh diri kita sendiri. Dan kita masih mencari bayangan itu di sebelah kita yang kosong.



Erik sudah melakukan segalanya. Segala-galanya. Dia pun bukannya malaikat, namun dia mempunyai pendirian dan dia mempercayai kepada perhubungan. Jika Woody Allen pernah menampilkan kaladiskop dan saga romantisme sebenar dalam daya moden New York dalam Annie Hall, dengan gelak tawa dan sindiran, Ira lebih kelam dan menjunam terus dalam lombong hitam, menarik segala lelaki girang urban yang mengetahui talian benang tipis yang mengikat dua insan yang bila-bila masa sahaja akan terputus. Filem ini bukan sahaja tentang jerih dan indah hubungan kejap-lama dua lelaki itu, tetapi obsesi (dadah, seks, diri, kerja, ruang) yang dihadapi oleh dua insan yang sudah berkomited, menelanjangkan dengan benarnya tentang sikap keinginan dan kemahuan lelaki. Tidak pernah terfikir tentang kecundang. Kompleksiti perhubungan Erik-Paul jelas, yang mungkin melecehkan bagi peminta monogami, namun ini bukan maksud Ira untuk memperlekehkan perhubungan gay, tapi menampakkan pelbagai sisi, impian, dan cabaran dalam perlakuan, yang tidak tersingkap dalam perhubungan dua jantina sama sahaja, hal ini barangkali berlaku juga dengan mana-mana hubungan hetero, mahupun panseksual atau apa-apa.

Tangkapan filem ini merupakan suatu gerakan sinema yang baik, dengan intim dan rencam menulis suatu puisi gelap, kadang-kadang erotis tentang perhubungan dan cinta, dengan bantuan cahaya semula jadi. Lihat pada awal yang gelap (kotor) yang membisik sikap pencarian seks, warna kuning banyak dimainkan. Kemudian cahaya harmoni dan terang, jiwa gembira Erik tersampaikan, namun ini dunia, dengan sekali lagi, kelam dan bayang-bayang kembali mengacau cahaya dan babak-babak inilah yang paling kuat dalam filem ini. Gerakan kameranya biasa dan senang tetapi penuh kuasa dan kefahaman ruang.



Paling baik ialah dinamisme Thure dan Zachary yang bermain dalam tiga empat lapisan yang diperlukan, membuatnya benar-benar seperti terpampang mereka manusia biasa tengah kota yang berkeinginan dan berdarah. Thure di sini menampilkan kekuatan yang "makan dalam", menyampaikan dengan baik, malah kadang-kadang melihat segala yang diperlakukan oleh hidup terhadapnya secara absurd. Zachary seorang lelaki yang cantik dan keliru. Kelkeliruan yang sungguh berjaya disampaikan. Detik laku seks mereka juga emosional dan intim, terasa ditusuk atau memasuk. Ini dibantu dengan skrip ketat Ira dan Mauricio yang memahami hal sebalik bilik tidur yang diperlukan dalam kisah terdesak dalam kemurungan dan cinta di tengah kota yang mencabar. ~Yadi

Friday, 21 March 2014

Loose Cannons/Mine Vaganti (2010)

Itali | 2010 
Arahan & Tulisan: Ivan Cotroneo & Ferzan Ozpetek
Lakonan:  Riccardo Scamarcio (Tommaso Cantone), Alessandro Preziosi (Antonio Cantone), Nicole Grimaudo (Alba Brunetti)


Seperti juga pembikin filem Spanish iaitu Pedro Alamadovar, Ferzan Ozpetek juga tidak pernah mengecewakan aku. Sejak pertama kali menonton Hammam (1997), filem-filem Ozpetek terus dekat dengan aku. Loose Cannon (Mine Vaganti dalam bahasa Itali) membuat tayangan perdananya di Festival Filem Berlin ke-60 dan menerima ulasan dan respon yang sangat positif. Ia mendapat 13 pencalonan di David di Donatello Awards termasuklah untuk Filem Terbaik, dan memenangi anugerah untuk Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik.



Ceritanya berkisar tentang keluarga Cantoneo dari golongan agak atasan (bourgeois) yang memiliki kilang pasta di selatan Itali, sebuah kawasan konservatif. Anak lelaki kedua, Tommasso (Riccardo Scamarcio) yang baru kembali dari belajar di Rome bercadang membuat pengakuan sebenar tentang seksualitinya yang tak lain tak bukan, jenis kitalah.

Tommasso berbincang dengan abangnya, Antonio (Alessandro Preziosi) dan memberitahu keinginannya untuk bebas daripada perniagaan keluarga dan menjadi seorang penulis - profesyen agak tipikal bagi orang kita.

Semasa makan malam dengan keluarga Brunetti, rakan niaga keluarga Cantoneo, bila saja Tommasso hendak mendedahkan rahsia kekitaanyya dan mengumumkan rancangannya itu, Antonio tiba-tiba mendedahkan kepada semua orang yang dia juga "orang kita". Apa lagi, terkejut beruklah si ayah mereka itu sampai terus pengsan dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

Si ayah menolak anak sulungnya dan menyerahkan hal ehwal perniagaan kepada Tommasso yang pada ketika itu, membatalkan niatnya untuk memberitahu tentang hal dirinya sendiri. Ini adalah kerana dia takut berita dia boleh membunuh ayahnya. Cukuplah seorang sahaja iaitu abangnya yang jadi orang kita. Tapi, keadaan jadi semakin sukar apabila boyfriend Tommasso datang untuk melawatnya, bersama-sama dengan kawan-kawannya lain dari Rome...

Kisah sebuah keluarga yang kadang-kadang ada rahsia yang disembunyikan
- skeleton in the closet gitu.
Nak tahu kesudahannya? Kena tonton.

Ini salah satu adegan dalam filem ini...


~ Aria


Friday, 21 February 2014

Twisted Romance/Vil Romance (2008)

Argentina | 2008 | 103min
Arahan & Tulisan: Jose Campusano  
Lakonan:  Oscar Génova (Raul), Nehuén Zapata (Roberto), Marisa Pajaro (Alejandra)

Di pinggir Buenos Aires, seorang budak muda bernama Raul "usha" Roberto, mamat yang dah berusia 50 tahun dan perpewatakan kasar (dan pada aku, nampak kotor, membuatkan aku terfikir sama ada Raul ni sangat gersang ataupun sengaja nak pancing sugar daddy (walaupun Roberto bukan nampak seperti orang kaya). Kemudian barulah kita tahu bahawa Raul terdesak untuk keluar dari kehidupannya bersama ibunya yang kadang kala menyundal menjadi pelacur.

Raul bersabar dengan cara Roberto yang kasar dan memang tidak pernah menikmati hubungan seksual dengannya. Tugas Raul sebenarnya mudah, hanya menadah apabila Roberto mahu. Pakcik Roberto ini jenis yang possessive. Raul, dalam pelarian jiwanya, ber-chatting di internet yang membawanya bertemu seorang mamat hensem yang muda. Mereka lalu suka sama suka dan pergi ke hotel untuk "itu".

Perhubungannya selepas itu diketahui pakcik rakus Roberto ini. Keganasannya makin terserlah. Begitulah serba sedikit ringkasan cerita ini. Tapi lebih dari itu, aku rasa pengarah dan penulisnya telah berjaya menggambarkan sebuah perhubungan tidak seimbang dalam sebuah masyarakat tanpa peraturan. Cerita dasar adalah klise tapi sukar dijangka.
~ Aria



Free Fall/Freier Fall (2013)


Arahan: Stephan Lacant     Tulisan: Lacant & Karsten Dahlem     Lakonan: Hanno Koffler (Marc Borgmann), Max Riemelt (Kay Engel), Katharina Schüttler (Bettina Bischoff)

Ada yang menganggap filem ini sebagai Brokeback Mountain versi Jerman (walaupun ia bukan tentang cowboy). Ia tentang perhubungan dua pegawai polis yang pada pandangan kasar mungkin sukar nak agak yang mereka ini orang kita. Marc Borgmann hero dalam cerita ini seorang polis muda (dan tampan tentunya) yang agak susah untuk bergaul atau digauli termasuk dengan rakan sebiliknya, Kay Engel (yang lebih tampan). Tapi sebagaimana cerita-cerita yang sering dipaparkan, perasaan tak suka lama-kelamaan bertukar suka, yang akhirnya, menjadi cinta. Begitulah secara mudahnya penjelasan tentang FREE FALL.

Namun begitu, tak semudah itu cinta hadir kerana si Marc ini dalam ketegori "confused" - tak pasti akan naluri sebenar dia. Marc punya teman wanita, Bettina, yang sedang mengandungkan anak mereka. Ini merumitkan lagi kehidupan dua alam yang dilalui oleh Marc. Situasinya lebih mudah bagi Kay yang sangat pasti akan "kekitaannya". Dia menyarankan agar Marc membuat pengakuan sebenar kepada keluarga dan teman wanitanya, tetapi Marc tidak bersetuju. Lalu Marc menyuruh Kay agar pergi dari hidupnya. 

Aku rasa orang kita pantang dicabar dan begitulah Kay yang akur, dan memutuskan untuk pergi. Marc mendapati dirinya dalam kecewa, jiwanya kosong, hatinya luka. Sedih lah pulak padahal itu semua cadangannya sendiri. Lebih menyakitkan, ibu bapa, teman wanita, dan sahabat baiknya tahu tentang identiti sebenarnya. Nasi jadi bubur. Marc hilang apa yang cuba disembunyikan selama ini, dan dia juga hilang apa yang selama ini mahu disimpannya iaitu cintanya - Kay.

Moral kisah ini? Aku biarkan korang simpulkan sendiri. 
Suka atau tidak? Ya aku suka filem ini walaupun kisahnya agak tipikal tentang orang kita yang cuba berlindung di balik tirai, atas nama 'kemanusiaan' dan 'masyarakat'.
Apa yang menarik? Pelakon berbakat, pengarahan yang baik, frontal nudity.
~Aria



Trick (1999)

Arahan: Jim Fall      Tulisan: Jason Schafer     Lakonan: Christian Campbell (Gabriel), John Paul Pitoc (Mark), Tori Spelling (Katherine)

Sebelum terus membaca, aku nak bagitau komen ni ada spoiler sebab ada sebut tentang pengakhiran ceritanya. Kalau nak, boleh baca tapi jangan baca sampai habis.

Kisah komedi romantik yang sangat kena dengan orang kita, mengingatkan aku pada zaman clubbing di Blue Boy di lorong berhampiran gerai Kak Ara di Jalan Bukit Bintang pada sekitar 1995-1999. Lalu terus aku memilih untuk mengulas filem ini sebagai yang pertama dalam blog ini. (*Nota: aku bukan seorang pengulas filem apa lagi pengkritik. Bukan selayaknya aku menjadi itu). Tapi, sepertimana cerita dalam TRICK, apa yang kutulis ini bertolak daripada naluri semata. Seperti juga Gabriel yang pertama kali melihat Mark di bar orang kita di mana Mark menjadi penari a-go-go. Kemudian, dia bersua mata lagi dengan Mark di dalam tren Metro (kalau di KL, kiranya LRT lah tu).

Lumrah orang kita (mungkin bukan semua, tapi kebanyakannya), pantang nampak yang elok, terus anak mata mencuri melirik, dan jantung berdegup tidak seperti biasa. Begitulah tingkah Gabriel bila kebetulan duduk bertentang dengan si hunky Mark.

Gabriel seorang pekerja sementara di pejabat (yang dipanggil office temp dalam bahasanya)  yang juga penggubah muzik yang baru-baru berjinak dalam bidangnya atas minatnya yang mendalam dalam bidang ini - tipikal orang kita berjiwa seni mungkin. Gabriel pandai bermain piano. Maka Gabriel ini digambarkan oleh sang pengkarya sebagai "anak ikan" yang baik tapi pada masa yang sama, manusia biasa yang ada sifat "kegatalan" yang tersembunyi dalam dirinya.

Mark pula seorang penari a-go-go di sebuah kelab gay, jadi dia lebih terbiasa dengan tawaran dan godaan jantan-jantan (atau lebih tepatnya, kakak-kakak dan adik-adik) yang sering rakus dan berani. Aku suka scene awal di dalam tren itu (sebenarnya banyak scene yang aku suka yang kena dengan aku dan orang-orang kita) apabila Mark yang perasan akan tarikan Gabriel terhadapnya, pura-pura tidur dengan menutup mata. Mark menanti dirinya ditegur atau dalam bahasa mudah, di "usha" barangkali. Tapi Gabriel yang kemaluannya lebih besar daripada kemahuannya, hanya memendam nafsunya. Lalu apabila tren tiba di destinasi, Gabriel hanya berjalan keluar dalam kecewa kerana tidak tergerak untuk memberanikan dirinya untuk "usha" si hunky Mark itu.

Agaknya Mark rasa tercabar kerana tak selalu dia dalam keadaan tidak di "usha", lalu sebaik sahaja pintu tren mula tertutup, Mark menolak daun pintu dan keluar untuk menegur Gabriel.

Lalu bermulalah adventure mereka untuk mencari tempat untuk "itu". "Itu" maksudnya tempat untuk melepaskan gundah dalam jiwa, memuaskan apa yang tiba-tiba berserakah dalam raga orang kita. Gabriel membawa Mark ke apartmentnya untuk 'bermain' tetapi malangnya, rakan sebiliknya tengah 'projek' dengan girlfriend nya.

Satu demi satu rancangan mereka untuk bersuka ria gagal, dengan kemunculan rakan baik Gabriel, fag hag bernama Katherine yang dilakonkan dengan berkesan oleh Tori Spelling. Malam mula berlalu, dan fajar mula menyingsing tetapi mereka masih tidak mencapai matlamat mereka. Aku boleh bayangkan betapa gelodak perasaan Gabriel ketika itu, dan Mark juga. Daripada penyatuan yang sepatutnya berakhir dalam masa sejam, atau dua jam mungkin, tiga jam tak mungkin, kedua-dua mereka menyusuri malam dari satu tempat ke satu tempat, dari satu perkongsian perbualan kepada dua, tiga yang lain, tanpa apa-apa yang seksual langsung.

Makanya, matlamat memenuhi keghairahan seksual tidak tercapai. Dan bila akhirnya matahari jelma, Gabriel dan Mark harus membawa haluan masing-masing. Sebelum Mark nak naik LRT balik ke rumahnya (yang jauh dari situ katanya), dia memberikan nombor telefon rumahnya kepada Gabriel supaya dia boleh menghubunginya. Sebelum berpisah, mereka berkucupan. Kucupan pertama setelah mengharungi malam yang penuh peristiwa.

Setelah Mark hilang dari pandangannya, Gabriel membaca nombor yang ditulis di atas kertas itu. Tidak yakin, Gabriel berjalan menuju ke pondok telefon lalu mendail nombor itu, dan dijawab oleh answering machine - lebih kurang macam ni lah jawapan mesin tu - "Hey this is Mark, you got me..."

Gabriel meletakkan gagang telefon, senyuman di bibirnya. Dia berlalu dari situ. Aku kira hatinya juga sedang senyum ketika itu kerana one night stand yang tak jadi kini bertukar menjadi kemungkinan sebuah ikatan perhubungan.

Sweet tak cerita ni? Kalau rasa sweet, boleh je komen kat sini.
Selamat menonton bagi yang belum menonton, dan selamat menonton lagi bagi yang sudah menonton.

Life is indeed a trick of fate...
~Aria

Thursday, 20 February 2014

Stranger by the Lake/L'inconnu du lac (2013)


Arahan: Alain Guiraudie Tulisan: Alain Guiraudie Lakonan: Pierre Deladonchamps (Franck), Christophe Paou (Michel), Patrick D'Assumcao (Henri), Jerome Chapatte (Inspektor Damroder), Mathieu Vervisch (Eric).

Sastera Perancis harus dikenali untuk mengulum dalam filem ini.

Le petite mort atau pembunuhan kecil ialah kiasan maksud buat seseorang yang baru melepaskan nikmat orgasmanya. Le grande mort ialah pembunuhan.

Masuk Franck - lakonan tulus dan emotif Pierre Deladonchamps bermata separa sepet - menikmati matahari dan tubuh para lelaki yang tidak dikenali di sebuah tasik indah pada suatu musim panas Perancis. Franck sendiri senang menonjolkan anu dan pinggul muda dan putihnya kepada pemerhati. Seorang daripadanya ialah Henri, yang walaupun mengaku hetero, mula mempunyai semacam perasaan plutonik terhadap Franck yang tampan.

Nafsu Franck tersadai pada seorang lelaki berkumis dan tegap, Michel. Tapi Michel sedang meniduri seorang lelaki, dan ini menyakitkan Franck.

Apa yang filem ini cuba bawakan ialah suatu penonjolan bagaimana pengalaman le petite mort juga menimbulkan le grande mort, walaupun hal ini tidak disengajakan dan tidak mungkin menyatu dalam deria realiti. Perkara ini lebih memahami kesenian kepuasan daripada maksud erotis yang dibawa, dan dengan pelik, sebagai seorang homoseksual, hal ini sedikit mengganggu walaupun realitinya mungkin sudah separa terjadi.

Jelas, pengarah yang juga menulis, mempersembahkan sisi dunia homoseks yang dikaburi semak-samun dan ditabir pohon rendang, di tepi tasik, lelaki-lelaki berorgasma, masuk dan menghisap, membenih pohon-pohon yang sudah tumbuh. Latarnya sendiri metafora terhadap suatu keinginan yang tak dapat ditahankan, dan hanya mungkin berlaku pada musim panas itu.


Babak ini mungkin ditentang para homoseks kerana mengizinkan imej yang jijik dan fatalis terhadap jiwa homo. Cruising merupakan epitom kemarahan itu. Tapi Alain melakar filem ini dari sisi kefahaman lurus bendul jiwa yang dahagakan seks dan cinta, sisi Franck. Kehausan Franck jelas, ingin mempunyai rakus tubuh Michel, lalu ia hanya terjelas terlempias dengan le petit mort apabila dia dihinggap lelaki lain. Franck tidak risau dengan seks tanpa keselamatan. Metafora ini menjadi litar besar yang mengaitkan intipan Franck yang melihat Michel membunuh pasangannya di tengah tasik. si petit mort menonton grande mort. Kemudian Michel dengan selamba mendekati Franck. Fantasi Franck tanpa kondom diisi oleh Michel. Franck dibunuh berlak0kali oleh Michel. Tasik itu menjadi syurga kecil berahsia di dasar airnya. Sehinggalah mayat dijumpai.

Filem Alain tidak mahu menghakimi pilihan eksistensial Franck terhadap pilihannya mendiamkan jenayah Michel. Segalanya suatu jenayah, termasuk pilihan Franck melihat Michel dengan bisu, serta pilihan Franck untuk merodok Michel tanpa keselamatan. Segala-galanya merbahaya, dan Michel bayangan maksud itu, yang secara nihilis, diinginkan oleh Franck, walaupun Franck menolaknya secara awal. Adakah ini suatu permainan bahaya, atau suatu kelaziman bahaya yang wujud dalam diri manusia? Malah keberadaan Michel sendiri ialah tanda penjiwaan dan keinginan segala yang manusia cari, dan manusia terus mencari keinginan sebegitu, walaupun terbunuh dalam perjalanannya. 

Sebuah filem indah yang merbahaya dan saling menggunakan emosi debaran sebagai emosi dalam debaran nafsu dan cinta. Segalanya dicelarukan. Segalanya cair dalam pekat malam. ~Yadi

Nota Pendahuluan


Aku jauh daripadanya, sangat jauh. 

Dia telah meninggalkan aku, lama.

Tapi cukup dalam hati kelamin masing-masing, kita tidak mahu kalah.

Dan dunia serba menyesak untuk kita menjadi kita.

Lalu kita tinggal menulis dalam nama pena, dan kali ini, aku hanya Yadi.

Perasaan ini hingar kembali setelah menonton Her, filem baik yang memasuki Oscar tahun ini.

Dalam titipan warkah Joaquin Pheonix yang terakhir, dia menulis suatu e-mel cinta kepada bekas isterinya. Aku tahu, dalam diam, dia menulis warkah itu buat Samantha, kekasih tinggalnya.

Warkah yang sempurna kata-kata itu aku titipkan buat dia, jantina sama, dari seberang gunung dan terikat daripada sempadan. Aku nyatakan kepadanya, warkah itu sesuai untuknya, agar dia tahu betapa dia penting buat aku.

Dia membalas, akur dan setuju.

Sudah lama aku tidak menyentuh filem-filem yang mempadukan aku dan dia, kekasih tinggal, kekasih jauh. Kami sama-sama terputus kerana sejarah dan agama. 

Lantas aku kembali sebagai suara sunyi, membina sejarah dan agama sendiri buat kami berdua yang faham cinta antara dua arjuna itu pun suci. Pun terserlah bahagia sesarwajagatnya. 

Seperti dua bintang yang menyapa, menyinar terus walau ruangnya malap.

Kita hanya perlukan ketelusan. Dan setakat ini, nama pena ini cukup.

~ Yadi